Terma & Syarat

Terma dan Syarat berikut perlu dibaca sebelum anda membuat tempahan dan perlu dipatuhi semasa anda menginap di homestay kami.
  1. Aisyah Humairah Homestay tidak menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc). Jika anda ingin menginap di Homestay kami, anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda.
  2. Sebagai pengesahan tempahan, anda dikehendaki membuat bayaran deposit sejumlah RM100. Tempahan anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Polisi homestay kami adalah “FIRST PAY, FIRST SERVED”. Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di Homestay ini. Dalam kes seumpama ini, jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka tempahan anda akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa tersebut, kami akan memulangkan kesemua tempahan anda.
  3. Aisyah Humaira Homestay hanya membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan kad pengenalan / Passport kepada pengurus kami semasa anda mendaftar masuk (check-in). Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa check-in dan wajib menunjukkan kad pengenalan. Pihak homestay tidak akan memberi kunci homestay kepada wakil.
  4. Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di homestay ini adalah 9 ORANG  kerana kami menyediakan 4 buah bilik tidur sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut pihak kami hanya membenarkan maximum 11 ORANG. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak  membenarkan rombongan tetamu yang ingin menginap melebihi jumlah tersebut kerana  kami tidak mahu timbul sebarang masalah keselesaan dan masalah air.
  5. Untuk mengelak kesulitan, sila semak tarikh anda menyewa homestay adalah BETUL.
  6. Sekiranya tempahan dibatalkan 3 hari sebelum tarikh check in, kami akan memulangkan semua bayaran sewa harian anda kecuali wang cagaran RM100 tidak  akan dipulangkan. Tapi jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check in, bayaran sewa serta wang cagaran anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan  penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.
  7. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini. Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pintu pagar. 
  8. Semua suis elektrik hendaklah di tutup selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu / aircond apabila  meninggalkan rumah.
  9. Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
  10. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
  11. Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
  12. Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang di dalam rumah.
  13. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
  14. Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out.
  15. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out. Bayaran deposit / wang cagaran RM100 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan, kecurian atau kehilangan peralatan di dalam rumah dan tiada kelewatan waktu check-out serta peralatan dapur yang digunakan telah dibersihkan.
  16. Barangan yang salah di sisi undang-undang  seperti dadah dan seumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke ke dalam homestay ini. 
  17. Sebarang anjuran parti liar yang menyalahi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di homestay ini. 
  18. Sila hormati privasi jiran sekeliling, jangan menganggu privasi dan membuat bising  hingga menggangu ketenteraman jiran-jiran bersebelahan homestay. 
  19. Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam Homestay untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami. Jika anda membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Pihak homestay akan mengenakan bayaran kepada anda sebagai penyewa.  Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus homestay.
  20. Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman homestay minta mereka menghubungi pihak homestay sendiri.
  21. Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke Homestay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus homestay sahaja.
  22. Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan. Jika tidak dibersihkan caj sebanyak RM30 akan dikenakan dan akan di tolak dari wang cagaran.

NOTIS

PIHAK PENGURUSAN Aisyah Humaira Homestay TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN ATAU KECEDERAAN PADA TUBUH BADAN DAN HARTA BENDA PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DI ATAS KECUAIAN DAN KELALAIAN MEREKA SENDIRI SEMASA MENGINAP DI SINI.
 

No comments:

Post a Comment